Selasa, 3 September 2013



03 SEPT. 2013 ~ dok tanya pasaipa rakyat melenting?

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Harga_Petrol_RON_95_Dan_Diesel_Naik_20_Sen_Bermula_3_September.html

merujuk berita tersebut, rata-rata rakyat Malaysia merungut malah ada yang melenting. Tidak mengapa jika semua faham situasi sebenar. Namun, adakah semua faham apa yang berlaku atau hanya mencarut melalak tanpa asas?
RUNGUTAN RAKYAT ISU RON95 ADA ASASNYA 
- alasan/sebab diberikan; "rasionalisasi subsidi". itu saja? noktah? sedikit pun tak beri kefahaman kpada rakyat knapa perlu dikurangkan subsidi. disebabkan konflik timur tengah atau nak waspada rizab minyak perlu disebut paling kurang secara ringkas. rakyat tak tau punca sbb tu depa marah.

-bukan semua rakyat ambil tahu keadaan ekonomi negara. hutang : belanja stabil ka tidak. kerajaan melalui media perlu bagi 'hint' tentang keperluan pengurangan subsidi untuk pertumbuhan ekonomi negara dan lebih cantik terangkan jimat tu nak salur ke mana. rakyat tak sedaq status ekonomi sbb tu yg depa bunyi.

- pengurangan 20sen (naik harga 20sen)nilai yang sgt berat kerana dikuatkuasakan scara mendadak/mengejut! semua maklum yang banyak bagi kesan trhadap 'shipping' bahan mentah, sekaligus jejas kos sara hidup. rakyat terkejut biawak sbb tu pakat buat bahan lawak. mengapa tidak dikurangkan subsidi beransur-ansur jika sudah lama sedar akan defisit ekonomi negara. pelan-pelan kayuh kami paham..
  

itu saja ulasan aku tanpa ada lansung fakta, hanya pandangan layang sahaja.
jemput baca lebih lanjut ulasan yang sgt cantik pasai isu ini; 
http://basilhazmanblog.com/2013/09/03/harga-minyak-kejahatan-yang-diperlukan/

Selasa, 9 Julai 2013


#TIGA FASA HADIAH RABBI

tersedia tenang di awalnya,
alangkah gembiranya hati ahli,
pintu rahmah terbuka lagi,
disusun ditertib perihal hari,
demi manfaat ruangan ilahi

supaya tenang di antara,
pintu ampunan dihadapnya berseni,
buat yang terbiasa menyerah diri,
disambut senang rindunya hati,
berani mohon makamnya di sini

mampir tenang penamatnya,

kudrat dunia habis dicari,
menyelak pintu pelepasan segala api,
demi tuhan izinkan diri,
izinkan si jijik menjadi suci

allahumma ya fariq alfurqan, 

wamunzil alquran, bilhikmati walbayan

si hina mohon mengisi borang ahli.







Rabu, 19 Jun 2013

# selak

*Segala bentuk penulisan hanya disandarkan kepada pandangan peribadi penulis yang jahil.
*Segala isi kandung tulisan berisiko disalah erti sebagai hipokrasi merujuk sikap penulis sendiri yang hina.
Sudah, kalau ada cerita kita sembang tengok buleh sampai tara mana.

basmalah