Sabtu, 25 April 2015

ANTARA BUTIRAN ASAS DALAM FIQH ADDA3WAH



Mu’az bin Jabal r.a2 dengan satu ungkapan yang telah menjadi satu artikel/klaus/seksyen dalam perlembagaan generasi mukmin. Ketika mengingatkan sahabatnya, beliau telah berkata:

إجلس بنا نؤمن ساعة
(Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak).

Ungkapan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah r.a3, lalu dia berkata kepada Abu ad Dardaa’ r.a4 sambil memegang tangannya:

تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا
(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).


Dari mereka berdua pula kita ambil ungkapan ini, lalu lahirlah nasihat-nasihat ini yang berkaitan tentang fiqh adda’wah. Kita mengajak para da’i Islam untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat ini, beriman dan memuhasabah diri, ilmu dan himmahnya. (muntalaq)



*sangkalan: ini perkongsian plagiat tanpa kredit kepada sumber.
*terlupa ambik dari mana
RUTIN ZAMBRI SI PEMUDA KACUK
KHAMIS, 6.15 a.m. –“aaaahhhh!!!” menguap panjang, menggeliat sakan Zambri Haikal, 20,si pemuda kacuk Melayu Pattani, berusaha untuk bangun dari tilam empuknya. Bergegas untuk bangun subuh. Bagus zambri haikal ni, setiap hari dia akan set alarm 15 minit sebelum syuruk. Menggeliat 1 minit. Masuk bilik air 5 minit. Solat laju-laju dua rakaat 1 minit (tanpa qunut). Kemudian berdoa selama 8 minit agar dikurniakan anak yg soleh, isteri solehah, murah rezeki, ampun dosa, jauh neraka, masuk syurga dan berjaya dunia akhirat. Selesai 15 minit. Nice timing bukan?

                6.31 a.m. –Tanpa membazir masa, Zambri Haikal terus ‘bummmm’ atas tilam empuknya. “kelas pukul 10, lambat lagi nih, proceed..proceed” monolog zambri. Di sudut lain bilik itu, kelihatan Izzat Hafizul Rahman,20, sedang ralit membaca al-quran. Izzat seorang  anak muda yang kuat membaca Al-quran. Selain itu, beliau juga suka baca quran kuat-kuat. Sumpah tak sedap mana pun dia baca, tarannum lintang pukang, suara pula dah macam ibu biri-biri. Namun, baginya cukuplah bertajwid sempurna dan kesungguhannya untuk mengimarahkan beit dengan ayat suci. semoga malaikat rahmat sudi hadir mengunjungi beit mereka. Jauh di benak hati zambri yang nyenyak tidur berharap begitu juga. Berharap sahaja.Benak sungguh Zambri ni. Alarm dikunci jam 9.45 pagi. Power Timing!

                9.55 a.m.- Zambri haikal terbangun daripada lena, alarm rosak, gelabah pakai tuala, panas hati terhadap Izzat yang sudah ke kelas tanpa kejutkan dia. Selesai sahaja 2 minit mandi ala kerbau jantan, dia terus menyarung baju semalam dan mencapai kunci motor di atas meja. Vroom…vroommm bunyi motor baru Zambri. Cadangnya mahu beli motor HONDA CBR 250cc, tampak bergaya, tapi mengenangkan rupanya yang tidaklah begitu hensem, tunggang DUCATI sekalipun tetap gagal menambat hati mana-mana pihak. Sedar diri. Maka meluncurlah motor cap Haojiang di jalan besar kasr-el ainy dengan laju. Berbekalkan fakta tiada lampu isyarat di Cairo, Zambri memulas throttle dengan yakin. Sampai di kuliah dalam masa 5 minit. Lewat 4 minit sahaja. Power Timing!

                4.00 p.m.- usai pulang dari kuliah, zambri tiba di rumah. (Cadangnya penulis mahu cerita tentang kisah zambri di kuliah. Tapi memandangkan dia seorang yang sangat pasif, lengai, tidak responsif, malah kaki tidur di dalam kelas, maka kisah kuliah Zambri dijangka lebih bosan daripada subjek sejarah tingkatan 4). Lantas, Zambri mengenakan earphone di telinga dan secawan milo nestle boikot sebagai ikhtiar istirahat. Headbanging lagu ‘party rock anthem by LMFAO’ dua tiga das. Zambri mula rasa bosan. Dia mula berasa kurang produktif dalam hidupnya. Tiba-tiba terdetik di hatinya, “pukul 5 ada tournament futsal, kat situ la aku jadi orang berguna.. tunjuk taring sikit!” pesan Zambri terhadap dirinya sendiri. Zambri solat 4 rakaat 2 minit, kemudian doa 7 minit minta peroleh kemenangan, semua lancar, elak injured, dapat penalti, skor gol 4 5 biji mudah-mudahan. Lantas, beliau berHaojiang bersama izzat ke markaz syabab zeinhom tanpa lengah. Power timing!

                8.35 p.m.- buat kali yang kedua Zambri berasa tidak produktif, “dah la tadi tak skor, assist pun tak, bolos 3 biji pulak tu, haaisshh!” keluh Zambri lagak professional footballer. Salin pakaian. Mandi ala-ala kerbau betina. Zambri solat isya’ selepas makan malam. 2 minit 30 saat untuk 4 rakaat. Power Timing lagi! Kali ini tanpa doa sebab stress.

9.20 p.m.-Segera Zambri online, ‘5 notification’kelas tafaquh, mesyuarat agung khas, markaz lughah, smart circle dan assessment biochemistry’. “tak menarik lansung,”ujar zambri. Risau rutin hariannya terganggu maka satu noti pun dia tidak berminat. “Alhamdulillah,titew dah solat isya’ td, kowang dh solat kew belum..?”lebih kurang begini gaya penulisannya meng-update status fesbuk. 3 minit 5 like, power timing. Zambri tersenyum sampai telinga. Tiba-tiba dia dejavu mahu makan kerang. lamunannya terhenti dengan bunyi notification di facebook. "hah mesti ada orang komen murni". Tersengih lagi.

   “Nanti dah solat subuh update lah lagi ok, letak sekali dah baca yasin biar satu dunia tahu” komen Rufaizal Suhaimi di bawah statusnya. Zambri terus offline. Berhenti senyum.Diikuti dengan makian halus terhadap Rufaizal. Stress dikondem membuatkan dia termenung kebodohan. Kelihatan meja study Zambri bertambah selerak. “esok aku kemas lah” dia bermonolog dalaman. Kelihatan katilnya juga berserabut dengan kain baju dan jersi yang bertimbun.  “Jumaat ni aku basuh semua” Zambri berazam. “it’s about time, Aaaahhhhhhhh….” Zambri menguap panjang.

Begitulah hari-hari Zambri Haikal berlalu, tanpa sehelai muka surat pun diulangkaji, 9.30 malam, zambri sudah lena awal meniarap diulit saratoga tipikal gaya bujang medic student. POWER TIMING bukan?. Namun pada hakikatnya,  apa pun tak boleh. Sesungguhnya kisah rutin Zambri Haikal ini merupakan satu epik yang teramat pathetic, lebih menyedihkan daripada epik Ramayana, lebih merapu pengisiannya daripada falsafah Upanishad puisi Bhagavad Gita. TAMAT.

  #DUNIA. KALAU RUTIN TAK BERISI MANFAAT, SAMPAI KE TUA BOSAN. KOSONG. SUSUN ITU PERLU. ISI ITU WAJIB.