RUTIN ZAMBRI SI PEMUDA KACUK
KHAMIS, 6.15 a.m. –“aaaahhhh!!!” menguap panjang, menggeliat sakan Zambri Haikal, 20,si pemuda kacuk Melayu Pattani, berusaha untuk bangun dari tilam empuknya. Bergegas untuk bangun subuh. Bagus zambri haikal ni, setiap hari dia akan set alarm 15 minit sebelum syuruk. Menggeliat 1 minit. Masuk bilik air 5 minit. Solat laju-laju dua rakaat 1 minit (tanpa qunut). Kemudian berdoa selama 8 minit agar dikurniakan anak yg soleh, isteri solehah, murah rezeki, ampun dosa, jauh neraka, masuk syurga dan berjaya dunia akhirat. Selesai 15 minit. Nice timing bukan?
KHAMIS, 6.15 a.m. –“aaaahhhh!!!” menguap panjang, menggeliat sakan Zambri Haikal, 20,si pemuda kacuk Melayu Pattani, berusaha untuk bangun dari tilam empuknya. Bergegas untuk bangun subuh. Bagus zambri haikal ni, setiap hari dia akan set alarm 15 minit sebelum syuruk. Menggeliat 1 minit. Masuk bilik air 5 minit. Solat laju-laju dua rakaat 1 minit (tanpa qunut). Kemudian berdoa selama 8 minit agar dikurniakan anak yg soleh, isteri solehah, murah rezeki, ampun dosa, jauh neraka, masuk syurga dan berjaya dunia akhirat. Selesai 15 minit. Nice timing bukan?
6.31
a.m. –Tanpa membazir masa, Zambri Haikal terus ‘bummmm’ atas tilam empuknya. “kelas
pukul 10, lambat lagi nih, proceed..proceed” monolog zambri. Di sudut lain
bilik itu, kelihatan Izzat Hafizul Rahman,20, sedang ralit membaca al-quran.
Izzat seorang anak muda yang kuat
membaca Al-quran. Selain itu, beliau juga suka baca quran kuat-kuat. Sumpah tak
sedap mana pun dia baca, tarannum lintang pukang, suara pula dah macam ibu biri-biri.
Namun, baginya cukuplah bertajwid sempurna dan kesungguhannya untuk
mengimarahkan beit dengan ayat suci. semoga malaikat rahmat sudi hadir
mengunjungi beit mereka. Jauh di benak hati zambri yang nyenyak tidur berharap
begitu juga. Berharap sahaja.Benak sungguh Zambri ni. Alarm dikunci jam 9.45
pagi. Power Timing!
9.55
a.m.- Zambri haikal terbangun daripada lena, alarm rosak, gelabah pakai tuala, panas
hati terhadap Izzat yang sudah ke kelas tanpa kejutkan dia. Selesai sahaja 2
minit mandi ala kerbau jantan, dia terus menyarung baju semalam dan mencapai
kunci motor di atas meja. Vroom…vroommm bunyi motor baru Zambri. Cadangnya mahu
beli motor HONDA CBR 250cc, tampak bergaya, tapi mengenangkan rupanya yang
tidaklah begitu hensem, tunggang DUCATI sekalipun tetap gagal menambat hati
mana-mana pihak. Sedar diri. Maka meluncurlah motor cap Haojiang di jalan besar
kasr-el ainy dengan laju. Berbekalkan fakta tiada lampu isyarat di Cairo, Zambri
memulas throttle dengan yakin. Sampai di kuliah dalam masa 5 minit.
Lewat 4 minit sahaja. Power Timing!
4.00
p.m.- usai pulang dari kuliah, zambri tiba di rumah. (Cadangnya penulis mahu
cerita tentang kisah zambri di kuliah. Tapi memandangkan dia seorang yang
sangat pasif, lengai, tidak responsif, malah kaki tidur di dalam kelas, maka
kisah kuliah Zambri dijangka lebih bosan daripada subjek sejarah tingkatan 4). Lantas,
Zambri mengenakan earphone di telinga dan secawan milo nestle boikot
sebagai ikhtiar istirahat. Headbanging lagu ‘party rock anthem by LMFAO’
dua tiga das. Zambri mula rasa bosan. Dia mula berasa kurang produktif dalam
hidupnya. Tiba-tiba terdetik di hatinya, “pukul 5 ada tournament futsal,
kat situ la aku jadi orang berguna.. tunjuk taring sikit!” pesan Zambri
terhadap dirinya sendiri. Zambri solat 4 rakaat 2 minit, kemudian doa 7 minit
minta peroleh kemenangan, semua lancar, elak injured, dapat penalti,
skor gol 4 5 biji mudah-mudahan. Lantas, beliau berHaojiang bersama izzat ke
markaz syabab zeinhom tanpa lengah. Power timing!
8.35
p.m.- buat kali yang kedua Zambri berasa tidak produktif, “dah la tadi tak
skor, assist pun tak, bolos 3 biji pulak tu, haaisshh!” keluh Zambri lagak
professional footballer. Salin pakaian. Mandi ala-ala kerbau betina. Zambri
solat isya’ selepas makan malam. 2 minit 30 saat untuk 4 rakaat. Power Timing
lagi! Kali ini tanpa doa sebab stress.
9.20 p.m.-Segera Zambri online, ‘5
notification’ ‘kelas tafaquh, mesyuarat agung khas, markaz
lughah, smart circle dan assessment biochemistry’. “tak
menarik lansung,”ujar zambri. Risau rutin hariannya terganggu maka satu
noti pun dia tidak berminat. “Alhamdulillah,titew dah solat isya’ td, kowang
dh solat kew belum..?”lebih kurang begini gaya penulisannya meng-update status
fesbuk. 3 minit 5 like, power timing. Zambri tersenyum sampai telinga.
Tiba-tiba dia dejavu mahu makan kerang. lamunannya terhenti dengan bunyi notification di facebook. "hah mesti ada orang komen murni". Tersengih lagi.
“Nanti dah solat subuh update lah lagi ok,
letak sekali dah baca yasin biar satu dunia tahu” komen Rufaizal Suhaimi
di bawah statusnya. Zambri terus offline. Berhenti senyum.Diikuti dengan makian
halus terhadap Rufaizal. Stress dikondem membuatkan dia termenung kebodohan. Kelihatan
meja study Zambri bertambah selerak. “esok aku kemas lah” dia bermonolog
dalaman. Kelihatan katilnya juga berserabut dengan kain baju dan jersi yang
bertimbun. “Jumaat ni aku basuh semua”
Zambri berazam. “it’s about time, Aaaahhhhhhhh….” Zambri menguap
panjang.
Begitulah hari-hari Zambri Haikal berlalu,
tanpa sehelai muka surat pun diulangkaji, 9.30 malam, zambri sudah lena awal
meniarap diulit saratoga tipikal gaya bujang medic student. POWER TIMING bukan?.
Namun pada hakikatnya, apa pun tak
boleh. Sesungguhnya kisah rutin
Zambri Haikal ini merupakan satu epik yang teramat pathetic, lebih
menyedihkan daripada epik Ramayana, lebih merapu pengisiannya daripada falsafah
Upanishad puisi Bhagavad Gita. TAMAT.
#DUNIA. KALAU RUTIN TAK BERISI MANFAAT, SAMPAI KE
TUA BOSAN. KOSONG. SUSUN ITU PERLU. ISI ITU WAJIB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan